Khamis, Februari 04, 2010

Dari Blog ke Facebook ke Web

Sudah lama sy x update blog cuma masukkan keratan akhbar je. Bukan apa sibuk sikit je baru nak bejinak-jinak dengan web ni. Sy mula belajar blog ni sekitar tahun 2008. X da sapa ajar cuma godek2( Cuba jaya kata guru sy). akhirnya saya dapatlah hasil blog yang ada ni. awal tahun lepas org sibuk dok cakap pasal facebook. Sy pun godek2 masuk facebook. sy x tahu bila facebook popular di Malyasia. mungkin dah lama cuma sy je baru daftar tahun lepas.

Dalam dok urus blog GB suruh sy urus web. Mmg saya buta kayu pasal web ni. Sy x godek2 web ni sebab x tahu kat mana patut mula. Sy diajar untuk menguruskan web je bkn membina web. sy telah dilantik sebagai web master sek. Tugas saya hanya update berita je nak buat x pandai lg. Harap sapa2 pandai buat web boleh bantu sy bagaimana nak membina web.

Isnin, Februari 01, 2010

Pemangku Raja lawat desa

JELI: Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, menghabiskan masa kira-kira setengah jam di Kampung Gemang, dekat sini, kelmarin.
Warga emas terbabit dilihat terpinga-pinga dengan kehadiran anakanda sulung Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra itu kerana tidak menyangka baginda akan melawatnya di pondok usang didiaminya.

Ketika ditanya mengenai permintaannya oleh Pemangku Raja, Limah tidak mampu menyebut apa-apa kerana terlalu gembira Tengku Muhammad Faris mencemar duli melawatnya.

“Makcik sunyi tinggal bersendirian apabila semua lima anak berkahwin dan menjalani kehidupan masing-masing. Makcik sudah lama tinggal di pondok usang ini dan tidak sangka pula pemangku raja sudi melawat,” katanya.

Terdahulu, Tengku Muhammad Faris yang tiba di kampung itu kira-kira jam 4.30 petang menunaikan solat Asar di Masjid Gemang.
Baginda diiringi Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Sebaik selesai menunaikan solat, baginda menarik tumpuan ratusan penduduk apabila turut menyempurnakan acara menyembelih lembu.

Sempena lawatan itu, baginda juga mengunjungi Mat Nawi Ismail, 43, yang cacat penglihatan sejak lebih 30 tahun lalu.

Dalam pertemuan itu Tengku Muhammad Faris berjanji untuk memberi sumbangan peribadi kepada Mat Nawi selain tongkat untuk membantunya berjalan.

Sumber: Harian Metro

Sabtu, Januari 23, 2010

Contoh Surat Rayuan Haji

Sejak seminggu lepas ramai yg masuk email sy minta contoh surat rayuan haji. sy minta maaf sebab x dapat nak hantar kerana contoh surat tu x ada dalam komputer. Sebab sy baru format komputer. Tadi semasa saya susun fail dalam pen drive terjumpat contoh surat tu. Jadi sy lampirkan contoh surat untuk semua pengunjung blog.


******alamat********
*************
Kampung Gemang
17700 Ayer Lanas
Jeli, Kelantan

Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji,
Bahagian Pengendalian Haji,
201, Jalan Tun Razak, Tarikh : 5 Januari 2009
50732 Kuala Lumpur.

Tuan,

RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN HIJRAH 1430 /TAHUN MASEHI 2009
No. Akaun : ***************
No Akaun : ****************

Kami dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

1. Untuk makluman tuan, kami adalah merupakan golongan yang telah disenaraikan untuk mengerjakan haji pada 1435 Hijrah /Tahun 2015 Masihi.

2. Kami dengan sukacitanya merayu kepada pihak tuan untuk mendapatkan tempat haji pada tahun 1430 Hijrah / Tahun 2009 Masihi berdasarkan sebab-sebab berikut:


i. Usia kami yang dianggap lanjut dan semakin meningkat ini akan menghalang kami daripada mengerjakankan ibadat haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa yang terdekat.

ii. Kesihatan kami yang masih baik pada masa sekarang akan memberikan keyakinan kami untuk megerjakan ibadat haji dengan sempurna berbanding dengan masa hadapan di mana dengan kelanjuatan usia berkemungkinan kesihatan akan terjejas.

3. Kami berharap pihak tuan akan meneliti dan seterusnya menerima rayuan ini dengan kadar yang segera supaya kami dapat melengkapkan diri dengan persediaan untuk menunaikan ibadat haji.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

Yang Benar,

___________________ _____________________

nama

No K/P :************** No K/P : ************


Sabtu, Januari 09, 2010

Catatan Jumaat

Semalam seperti biasa aku solat jumaat di Masjid Al-Amin (Masjid PGA Briged Tengah). Di sinilah aku solat jumaat jika hari persekolahan sebab masjid ni dekat dengan sekolah aku. semalam khatib telah menyampaikan khutbah tentang ARAK. Ramai yang tahu Arak tu HARAM bagi org islam. Mengapa arak diharamkan ? antara sebabnya seperti berikut:


1. Boleh merosakkan akhlak

2. Permusnah rumah tangga suami/isteri bergaduh punca daripada arak.

3.Boleh merosakkan urat saraf.

4.Boleh menyebabkan kehilangan nyawa(kemalangan sebab mabuk)

5. Perubahan pada akal( akal tidak waras)

6. Kejadian zina dan rogol meningkat.

7. Ibu segala kejahatan.

8. memabukkan ( walaupun setitik ia tetap haram)

9. Dilaknat oleh Allah


Berdosa bagi golongan yang terlibat dlm aktiviti di bawah


1. peminum arak

2. pengangkat dulang arak (pelayan)

3. penjual

4. pekerja di kedai arak
itulah sedikit kandungan khutbah yg aku ingat.

Khamis, Januari 07, 2010

Suntikan vaksin barah serviks di sekolah Mac

KUALA LUMPUR: Program imunisasi Human Papillomavirus (HPV) secara percuma yang dipercayai dapat mengurangkan 75 peratus kes barah pangkal rahim dilaksanakan Mac ini dengan sasaran remaja perempuan berusia 13 tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pihaknya melaksanakan program itu berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada khususnya menerusi Program Kesihatan Sekolah.

Katanya, menerusi program itu, pelalian untuk pencegahan enam penyakit berjangkit dilaksanakan untuk pelajar Tahun Satu membabitkan pelalian mencegah demam campak, bengok, rubella, polio, diptheria dan tetanus.

“Pengalaman serta kerjasama yang sangat baik daripada sekolah serta ibu bapa selama ini memudahkan pelaksanaan pelalian HPV untuk pelajar perempuan berusia 13 tahun.

“Seperti pelalian penyakit lain, suntikan hanya diberi kepada pelajar yang mendapat persetujuan bertulis daripada ibu bapa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ditanya hasil kajian kementerian bagi menentu keberkesanan HPV bagi mengelak risiko dan kesan sampingan seperti didakwa pelbagai pihak, Rosnah berkata, pihaknya memilih vaksin HPV 16 dan 18 untuk kegunaan program itu kerana ia paling sesuai dan memberi kesan optimum.

Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati keberkesanan vaksin ini terhadap jangkitan HPV jenis 16 dan 18 ialah 98 peratus iaitu apabila 100 wanita diberi vaksin ini, 98 daripadanya tidak mendapat jangkitan HPV dan seterusnya barah serviks.
Sumber : Berita Harian

Selasa, Januari 05, 2010

Cuti Umum Tahun 2010

Cuti Umum untuk Persekutuan


14 February Chinese New Year

15 February Chinese New Year




26 February Prophet Muhammad’s Birthday




1 May Labour Day




27 May Wesak Day




5 Jun Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong




31 August National Day




10 September Hari Raya Puasa*

11 September Hari Raya Puasa*




16 November Hari Raya Haji*




7 December Maal Hijrah*




25 December Christmas

Cuti Umum Bagi Negeri-negeri di Malaysia


1 January New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu





17 January Sultan of Kedah’s Birthday Kedah





1 February Federal Territory Day Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya





February Thaipusam* Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor, Kuala Lumpur





4 Mac Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu Terengganu





30 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan

31 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan





2 April Good Friday Sabah, Sarawak





8 April Sultan of Johor’s Birthday Johor





15 April Declaration of Malacca as a Historical City Melaka





19 April Sultan of Perak’s Birthday Perak





7 May Hari Hol Pahang Pahang





17 May Raja Perlis’ Birthday Perlis





30 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah

31 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah





1 June Gawai Dayak Festival Sarawak

2 June Gawai Dayak Festival Sarawak





June Hari Hol Almarhum Sultan Ismail* Johor





8 July Israk and Mikraj Kedah, Negeri Sembilan, Perlis





10 July Yang DiPertuan Negeri of Penang’s Birthday Penang





19 July Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan





20 July Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu





11 August Awal Ramadan* Johor, Kedah, Melaka





August Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu





11 September Yang di-Pertua of Sarawak’s Birthday Sarawak





16 September Malaysia Day Sabah


Yang di-Pertua of Sabah’s Birthday Sabah





9 October Yang di-Pertua of Melaka’s Birthday Melaka





24 October Sultan of Pahang’s Birthday Pahang





5 November Deepavali All except Sarawak
& Federal Territory
of Labuan





11 December Sultan of Selangor’s Birthday Selangor

*Tertakluk kepada pindaan

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Bagi Tahun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Cuti dan Hari Persekolahan
Mula Akhir Hari
Hari Persekolahan
4 Januari 2010 12 March

50

Cuti Pertengahan Penggal
13 March 21 March

9

Hari Persekolahan
22 March 4 Jun

55

Cuti Pertengahan Tahun
5 Jun 20 Jun

16

Hari Persekolahan
21 Jun 3 September

55

Cuti Pertengahan Penggal
4 September 12 September

9

Hari Persekolahan
13 September 19 November

50

Cuti Akhir Tahun
20 November 2 Januari 2011

44

  • Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 210 hari
  • Jumlah hari cuti sekolah adalah 78 hari

Jadual di atas adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Manakala bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula satu hari lebih awal daripada tarikh di atas.

Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Guru patut akur arahan bertukar

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap segelintir guru yang sentiasa mengemukakan rayuan sama ada ditukarkan ke sekolah lain atau terus kekal di sekolah tertentu sehingga menjejaskan usaha kerajaan memantapkan sistem pendidikan negara.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak terkecuali dihujani permohonan guru yang merayu supaya tidak ditukarkan atau ditukarkan ke sekolah lain.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan guru terbabit akan menyebabkan kementerian berdepan dengan masalah lebihan guru di sesetengah sekolah, manakala di tempat lain menghadapi masalah kekurangan guru.

"Ia (tindakan) satu masalah pada kementerian kerana jika dia berminat untuk kekal selama-lamanya, kita akan berdepan dengan masalah kekurangan dan lebihan guru.

"Sebagai contoh, ada negeri yang kurang guru dan ada negeri yang lebih guru kerana guru tidak mahu ditukarkan ke negeri lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di Bandar Pinggiran Subang di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Muhyiddin berkata, sebagai kakitangan kerajaan yang tertakluk pada arahan kementerian, guru harus memahami jika kementerian memutuskan untuk menukar, memindah atau menempatkan mereka di sekolah tertentu.

Beliau berkata, tindakan tukar-menukar sekolah tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan keperluan sekolah dan mata pelajaran yang diajar di sekolah itu.

Dalam isu berkaitan, Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 76 sekolah baru termasuk 40 SK yang boleh menampung 58,140 pelajar akan mula beroperasi tahun ini.

Daripada jumlah itu, 20 sekolah termasuk 11 SK dibuka bulan ini, manakala selebihnya Jun depan.

Mengulas keadaan sesak di SK Subang Bestari, Muhyiddin berkata, bagi menangani masalah itu pihaknya menyediakan peruntukan untuk membina sekolah baru di kawasan berhampiran bagi menampung bilangan murid yang kini mencecah 3,260 orang.

"Ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke sekolah baru pada sesi persekolahan awal 2012 dan sebagai langkah jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di sekolah itu kementerian menyediakan kabin yang selesa dan kondusif.

"Jika sekolah mempunyai pelajar yang melebihi nisbah sepatutnya iaitu sehingga satu kelas 40 hingga 50 pelajar, ia boleh menjejaskan proses pembelajaran," katanya.

Sementara itu, Alimuddin berkata kementerian sedang ke arah menjadikan pembelajaran satu sesi di semua sekolah di seluruh negara tetapi enggan menyatakan bila ia boleh dilaksanakan.


sumber:Berita Harian